5 Lauk Kampung Yang Semakin Susah Jumpa Di Bandar
Masakan kampung memang ada tempat istimewa dalam hati rakyat Malaysia. Bau sambal tumis, lauk masak lemak dan ulam-ulaman buat ramai orang teringat suasana makan di rumah nenek di kampung.
Tapi sekarang, tak semua lauk kampung mudah jumpa di bandar. Ada yang jarang dimasak sebab bahan susah dapat, ada juga yang hanya orang kampung sahaja biasa makan.
Ini antara 5 lauk kampung yang semakin rare di bandar.
1. Patin Tempoyak
Patin tempoyak antara hidangan popular dari negeri Pahang. Kuahnya dimasak menggunakan durian yang diperam, cili dan kunyit yang beri rasa masam lemak pedas yang sangat unik.
2. Kulat Sisir Masak Lemak
Kulat sisir bukan cendawan biasa yang boleh dibeli dipasar raya. Ia biasanya tumbuh pada batang kayu reput selepas hujan. Jadi hanya boleh dapat dari pembekal tempatan.
3.Tempoyak Daun Kayu
Daun kayu atau nama lainya daun pucuk ubi ini dimasak dengan tempoyak, santan, ikan bilis, petai dan cili padi. Rasanya lemak dan sedikit pahit yang buatkan hidangan ni unik.
4. Siput Sedut Masak Lemak
Lauk ni memang kegemaran ramai orang kampung. Rasa siput yang kenyal buat ketagih dimasak pulak dengan kuah masak lemak pedas memang sedap.
5. Sambal Tempoyak
Tempoyak bukan hanya untuk masak patin. Ada juga yang dibuat sambal tempoyak. Memang menjadi pilihan kedua selepas sambal belacan sedap bila makan dengan ulam fresh.
📲 Tempahan & Pertanyaan
Untuk tempahan berbuka puasa atau sebarang pertanyaan, boleh terus WhatsApp kami:
📞 011-5772 5023
Admin akan cuba respon secepat mungkin, terutama pada waktu puncak sebelum Maghrib.
❤️ Terima Kasih Atas Sokongan Anda




Saya baru frst time dengar kulat sisir tu... tau cendawan biasa je yg mcm cendawan enoki ngan cendawan tiram.
ReplyDelete